Sunday, November 17, 2013

ANALISA KULIT WAJAH ANDA SEBELUM MEMULAKAN RAWATAN KECANTIKAN



Berikut merupakan jenis-jenis kulit yang perlu kita kenalpasti:-

1. Kulit Normal
2. Kulit Berminyak
3. Kulit Kombinasi
4. Kulit Kering
5. Kulit Matang
6. Kulit Sensitif


1. Kulit Normal

Kulit jenis biasa (normal) adalah  sangat sempurna dan istimewa  iaitu kulit kelihatan halus dan bersih seperti kulit bayi.

Jenis kulit normal hanya memerlukan penjagaan yang ringkas. Jenis kulit ini tidak akan berminyak atau kering, dan ianya bebas dari sebarang masalah.
 


 


Cara mengetahui adalah kulit anda termasuk jenis kulit normal atau bukan adalah dengan mengusap wajah dengan tisu pada pagi hari.

Jika tidak ada minyak yang melekat malah tisu kelihatan kering, bererti kulit anda termasuk dalam jenis kulit normal.

2. Kulit Berminyak

Kulit jenis ini biasanya kelihatan tebal dengan pori pori terbuka. Ia kemungkinan bermasalah (jerawat - akibat penyumbatan pada pori pori) kerana kelenjar minyak terlalu aktif menghasilkan minyak yang berlebihan pada permukaan kulit.




Disamping itu, faktor hormon (remaja), cuaca yang panas dan makanan yang berlemak tinggi juga boleh menyebabkan kulit berminyak. Kebaikan kulit sebegini adalah ia melambatkan proses penuaan.

Masalah masalah yang biasa di hadapi adalah seperti berikut:

  • Blackhead
  • Jerawat
  • Pori pori terbuka
  • Parut
  • Keseluruhan muka berminyak

3. Kulit Kombinasi

Kulit jenis ini adalah licin, lembut dan lembab apabila disentuh. Kadang kala kulit jenis ini lebih kepada kering atau berminyak. Keadaan pori pori adalah sekata dan halus. Warna kulit nampak sihat dan berseri.


Penjagaan kulit sebegini harus diamalkan supaya selalu kelihatan bersih dan gebu. Kadang kala kulit sebegini akan bertukar, bergantung pada penjagaan, jenis produk yang digunakan, keadaan persekitaran dan hormon.


Masalah masalah biasa yang mungkin dihadapi :

  • Kelenjar minyak yang tidak sekata
  • Muka kering
  • Jeragat (pigmentasi)
  • Whitehead ( Milia Seed )

4. Kulit Kering

Kulit jenis ini biasanya kurang berminyak / lembab atau kedua duanya sekali. Keadaan ini disebabkan oleh kelenjar minyak yang kurang aktif atau terdedah pada penghawa dingin (air-conditoner), pembersih muka yang beralkali tinggi (sabun mandi yang buih berlebihan), kurang minum air dan ubat-ubatan (medications-Roaccutane).


Masalah masalah yang biasa dihadapi adalah:
  • Kedut / garis garis halus
  • Bintik bintik hitam (freckles)
  • Whitehead ( Milia Seed )
  • Hitam di sekeliling mata
  • Jeragat (pigmentasi)
  • Keseluruhan muka kering dan kusam





Tips : Cuba tekan pipi anda dengan jari telunjuk dan halakan ke arah hidung secara perlahan dan lembut, jika terdapat garis-garis menunjukkan kulit anda adalah kering dan perlu diberi perhatian. Kulit kering adalah salah satu penyebab jeragat!!!

5. Kulit Matang
Kulit matang adalah kulit yang telah kehilangan kadar kelembapan atau kelenjer minyak tidak mampu untuk menghasilkan minyak sebum. Ini disebabkan oleh faktor usia yang telah lanjut (45 tahun ke atas) dan sering terdedah pada panas terik atau penghawa dingin (air-conditoner) di awal usia.
 



Selain itu, penggunaan pembersih muka yang beralkali tinggi (sabun mandi yang buih berlebihan), kurang minum air dan kurangnya vitamin menyebabkan kejadian kulit matang ini.

Ciri-ciri kulit matang adalah:
  • Kedutan / Garis Tebal
  • Kulit Berkedut dan Jatuh
  • Tiada penjagaan kulit dari awal usia
  • Disebabkan oleh makanan tidak seimbang atau salah guna produk.

6. Kulit Sensitif

Jenis kulit ini sangat peka terhadap rangsangan factok luar. Misalnya perubahan cuaca,ia boleh mengakibatkan kulitnya pecah-pecah, memerah dan pedih. Kesalahan penggunaan kosmetik akan mempengaruhi kulit tersebut.





Perhatikan betul-betul kegiatan harian kita , terutama apa yang kita makan, jenis produk, skin care yang kita guna dan keadaan persekitaran, tempat kerja  samada dalam aircond, panas terik atau sebagainya.


Anda boleh lihat bila keadaan sensitif itu terjadi apabila:-

  • Guna produk muka jenama baru
  • Makan sesuatu jenis makanan
  • Terdedah dengan perfume, pewarna rambut,atau apa2 bahan kimia
  • Masa mandi dan minum air berklorin
  • Terkena sabun cuci baju
  • Berada di tempat atau bangunan tertentu
  • Sedang stress 
Simptom Semasa Kulit Sensitif 
  • Kulit menjadi merah
  • Kulit menjadi pedih
  • Kulit mengelupas
  • Kulit rasa terbakar
  • Tompok-tompok hitam
  • Naik ruam /jerawat
  • Semua diatas. 

Tips : Jangan menggunakan produk-produk kulit yang mengandungi bahan formaldehyde-based preservatives dan Sodium Lauryl Sulfate

KULIT WAJAH  BERMASALAH

Kulit bermasalah mempunyai ciri yang sama seperti kulit berminyak iaitu kelenjar minyak terlalu aktif. Faktor hormon (remaja) merupakan salah satu punca minyak berlebihan. Jerawat terjadi apabila pori pori yang mengeluarkan minyak berlebihan akan merangsang pembiakan bakteria.

Inilah yang menyebabkan jerawat (acne) timbul. Oleh itu, pembersihan yang sempurna amat digalakan. Hormon yang tidak seimbang ketika berlakunya  haid menyebabkan pertumbuhan jerawat pada bahagian mulut, dagu dan dah  (ini hanya sementara waktu)

Masalah masalah yang biasa adalah seperti berikut:

  • Blackhead
  • Jerawat
  • Jerawat batu
  • Pori-pori terbuka                                                                                                                                                                                                                                                                 #####  Sila hubungi pakar kecantikan anda untuk mendapatkan konsultasi mengenai penggunaan produk   yang betul dan selamat.  ######   TEL / SMS : 010-7071297 / 012 - 3843928






No comments:

Post a Comment