Saturday, November 9, 2013

6 MAKANAN YANG MENGAKIBATKAN MASALAH KULIT


Wajah Idaman














Assalamualaikum ... Salam  kecantikan  dan salam ceria untuk semua.
Memang benar kulit boleh menjadi cantik dan sihat sekiranya
kita menggunakan bahan rawatan wajah yang bersesuaian.

Namun apa yang kebanyakan dari anda tidak sedari adalah 

pemakanan harian juga memainkan peranan penting dalam
mengekalkan kulit wajah berseri. Seperti yang kita semua 
ketahui, ada makanan yang baik untuk kulit dan ada juga 
yang memberikan kesan sebaliknya seperti masalah kulit
berjerawat dan sebagainya.
Pencuci muka dan toner sahaja tidak mencukupi sekiranya 
diet harian tidak dijaga dengan baik.

Enam jenis makanan yang menjadi punca kepada masalah 

kulit wajah dan tidak patut diambil dengan kadar yang 
tinggi.

Garam
Sifat garam yang menyimpan air membawa kepada bengkak 

di bahagian mata selepas bangun dari tidur sekiranya 
diambil berlebihan. Ini kerana kulit mata yang sangat nipis 
membuatkan bahagian tersebut mudah bengkak. 
Jika tidak dijaga, tabiat memakan makanan bergaram akan 
membuatkan kulit anda lebih cepat tua.

Makanan laut
Kandungan iodin yang tinggi dalam makanan laut seperti 

udang,ketam serta rumpai laut boleh membawa kepada
masalah kulit berjerawat sekiranya pengambilan tersebut 
tidak dikawal. Bagi anda yang sering mengalami masalah 
muka jerawat, anda dinasihatkan untuk memakan makanan 
sedemikian hanya dua kali sebulan dan bukan dua kali 
seminggu.

Susu
Kesan sampingan susu terhadap wajah mungkin tidak 

seteruk jika dibandingkan dengan jenis makanan yang lain. 
Namun, bahan tenusu juga tidak terkecuali dari menjadi 
punca kulit bermasalah, terutamanya susu tanpa lemak
yang mengandungi kandungan hormon yang merangsang 
penghasilan minyak di kulit.

Makanan berkanji
Jumlah glisemik yang tinggi dalam makanan berkanji seperti

pasta, roti putih, kek dan sirap jagung juga menjadi punca
kepada kulit berjerawat.

Gula
Kandungan gula yang tinggi dalam darah boleh membawa

kesan terhadap kolagen, lantas membuatkan kulit anda 
lebih mudah berkedut dan nampak tua.

Minuman beralkohol
Sifatnya yang diuretik membuatkan anda akan menjadi lebih 

haus walaupun sudah meminum dengan banyak. 
Ini juga mengakibatkan kulit anda menjadi lebih kering
sehingga menyebabkannya berkedut.



No comments:

Post a Comment